samedi 26 décembre 2009

boxing day

Buat pertama kalinya aku ngan B pegi shopping sesama time boxing day, jam 9 pagi kami dah keluar rumah tau, sampai kat canadian tire, lengang, aku mati mati ingat akan jadi orang pertama gitu masuk kedai sambil istiharkan kat B, bestlah shopping tak ramai orang ni love, boleh shopping tenang gitu, sekali sampai depan pintu, gelap gelitalah pulak, rupanya tutup lagi tapi ada tulis bukak jam 1 petang, hampeh betul, time aku excited nak shopping time tulah dia tak bukak lagi, lepas tu alang alang dah depan mcd, ingat nak makan pagilah, tutuplah jugak, sabar ajelah, last B kata ''balik rumah''...
-------
Balik, kami kemas apartment baru kami tu, bersihkan dapur, uh kotor tak terkata, B duk ngumpat cakap tuan dulu tak reti mengemas, memula aku bersihkan dapur tu, tapi kotor melampau, last aku bersihkan dinding dan B kemas dapur, sampai luka luka mamat tu tersagat paku, tapi hasil memang putih bersih gitu..
-----------
Masa tangan B tersagat tu, pukul 1, jadi aku terus ishtiharkan lepas cuci luka B, letak plaster, kami pegi canadiah tire balik, sebenarnya semasa aku mengelap dinding tu, aku asyik pikir canadian tire canadian tire... Kami nak beli bar chair gitu... maman B tahu niat kami terus kata ''buat apa beli lagi, camana kalau tak matching dengan perabut lain, ''.. uh itu cuma kerusi kat kaunter dapur aje, warnanya pun color dark walnut gitu, sure boleh matching ngan apa warna pun.. Dining table, kami dapat meja antik gitu, B kata table tu sejak dia kecik lagi, ini maman mentua aku handlekan, dia kata dia nak cat baru warna itam dan buat kerusi baru.. table ni handmade dari spain gitu.. jadi dikatakan walau dah berpuluh tahun still kuat dan elok sangat gitu...
---------
Jadi kami ke canadian tirelah... beli stool cam gambar bawah, mulanya aku ingat nak ambil yang cam kerusi betul, tapi lepas nampak yang ni, terus aku pikir ini lah kot sesuai dengan kaunter table yang tak berapa besar tu.. kami beli dua, aku ingat ada sale, rupanya tak da, still kena bayar harga penuh 79.99 dollar. Masa dalam perjalanan balik, B kata ini kali pertama dan terakhir dia pegi shopping time boxing day.

Gambar noel

Gambar masa dekat rumah mentua aku.....Kami baca kad yang maman kasi, dia tulis, dia kasi kat kami dan dia bacakan, tulisan sambung melampau sangat sampai susah aku nak faham..... Gagah tak aku angkat cookware 13 pcs... Paella yang mentua aku masak untuk makan malam tu..Maman ngan khairul..

vendredi 25 décembre 2009

Noel 2009

Semalam kami ada majlis makan makan sempena chrismas dengan maman dan akak B... kami bawak khairul sekali, ialah sian pulak mamat tu sesorang... uh mentua dan akak ipar aku ni suka benar ngan khairul, adalah beberapa keping gambar khairul dgn dorang berdua tu yang aku boleh guna untuk blackmail mamat tu di masa depan hehehe. Maman kata khairul kemas dan bersih orangnya, tu yang boleh masuk rumah mentua aku, jadi kalau khairul selebet serabai, jangan haraplah maman mentua aku nak jemput dia datang rumah..
----------
Maman masak cam biasa, bestlah.. mostly seafoods.. khairul makan 2 kali tambah, aku rasa mamat ni rindu nak makan masakan rumah gitu, ialah duk bujangkan, entah apa apa dia masak, part paling best, time kami bukak hadiah, aku dapat lagostina 13 pieces cookware dari maman, good hadiah gitu, mesti terletak cantik dalam kabinet bila masuk rumah baru.. oh takdalah aku nak simpan gitu buat perhiasan, mesti digunakan gitu kerana aku tak nampak pointnya disimpan tak diusik usik... Cam biasa dapat cek dengan jumlah cam selalu aku dapat masa krismas, dan B, dia senyum lebih dari telinga gitu sebab dapat hadiah sama cam aku gak, cek, tetapi jumlah dalam US dollar yang berpuluh kali gandanya dari apa aku dapat.... mamat tu sebenar tak mau cakap berapa dia dapat, tetapi hari ni dia bagitau aku berapa jumlahnya jadi aku jawablah ''oh ok sambil terus menjawab ''see B tak boleh nak nyorokkan apa apa dari bi, mesti cakap jugak''.... B jawab cam ''buat idup lagi senang dari rahsia rahsia ni''...
-------
Kami bagi maman hadiah decoder tuk cabletu, uh maman tak gembira langsung, satu warna grey jadi tak matching dengan pekakas lain, kedua meja letak TV tu, dia tempah, jadi ngam ngam dengan apa dia dah ada... bla bla bla.. last dia kata dia cuba.. B belikan sebabnya kami pun ada satu dan maman selalu tepon bagitau dia miss series ni bla bla bla, itu yang B belikan supaya dia boleh rekod semua series yang dia nak tenguk dan tak miss apa apa... Khairul mesti tercengang cengang dorang berbalas cakap gitu, jadi aku cakap ngan khairul itu tanda dorang tunjuk kasih sayang gitu hahaha
-------------
B happylah dengan hadiah aku kasi, DVD the hangover tu, dan blanket letak kat sofa tu, guna masa kami tenguk TV.. B kasi aku charm thomas sabo lagi.. kalini 3 charms yang bertulis I bentuk hati merah makna LOVE dan U, so I LOVE YOU, dan yang lain lain apa B belikan untuk barang rumah, aku consider hadiahlah sebab malas aku nak tamak tamak cam semua aku nak... Jadi aku lebih dari happy.... Mekasih love...

Kami tukar tukar hadiah lepas itu, meriahlah cuma semua cam malas nak rebut hadiah gitu, aku dapat set letak minyak vinegar dan salt pepper dari khairul yang bawak, B bawak balik buku yang dia beli sendiri rebut dan last dia dapat semula.. Khairul dapat cam tapis tetapi tapis yang jenis dibukak time nak digunakan yang aku rasa bini dia mesti suka... Habis tu B ngan khairul pergi mandi kat pool tingkat bawah dan aku dan akak B tolong maman kemas rumah semula... lebih jam 12 malam baru kami balik rumah.... letih gila tetapi best....

mercredi 23 décembre 2009

winter 2009

salji

Salji turun tak benti benti sejak semalam, jadi masa bangun pagi cam 5, bukak pintu, pokok pine depan pintu ni berkepul salji menimbun, B yang dalam keta nak pegi keja pun kena tunggu kejap sebab dalam 10 biji lori kutip salji sedang lalu pungut salji tuk dibuang ke tempat pembuangan salji.. ada satu mamat yang berlari lari depan lori, ini keja dia untuk memastikan tiada sesiapa atau halangan semasa lori tu nak lalu... terukkan keja... berlari di dalam salji tebal dan sejuk.. tetapi antara satu punca pendapatan yang kalau ikut orang islam cam kita, pendapatan berkat dan halal gitu....
--------
Masa syarikat papa B dulu dapat kontrak bersihkan snow camni, keja B pun masa cuti cuti sekolah, camtulah, tapi B cita dia cuma jalan lenggang lenggok gitu di depan lori pastikan tiada bebudak tepi jalan, supaya tak dilanggar lori gitu, ialah anak tokeykan... dan sehingga hari ini, B masih excited gitu tenguk lori angkut salji ni tau, time lori ni lalu, baik aku sekali, kami sama menepek depan tingkap tenguk lori ni lalu.. Gayat gitu, lori yang sedut salji ni, lepas disedut dimuntahkan balik pada lori satu lain yang mana salji salji terkumpul di atasnya.. bila dah penuh salji atas dia, baru bawak ke tempat buang snowni...
--------
Kejap lagi mungki aku keluar ambil gambar.......

mardi 22 décembre 2009

shopping

Minggu shopping gitu, semalam aku pegi shopping dengan khairul yang B panggil anak angkat kami, anak angkat kebendanya jika aku dan khairul hampir sebaya tetapi itu yang B war warkan yang khairul anak angkat kami... semalam kami pegi shopping gitu, ramai betul umat kat shopping mall gitu, aku belikan hadiah untuk B lagi gitu dan satu hadiah sebagai hadiah pertukaran bila kami main game cam rampas rampas hadiah gitu... Lepas tu aku temankan mamat tu belikan jeans levi's seperti yang dikirim oleh kawan kawan dia, 10 helai camtu gitu yang dia kena bawak balik malaysia nanti... berat beg dengan jeans jeans gitu...
----------------
Hari ni aku keluar dengan B dan mama mentua aku, shopping lagi, patutnya B yang belikan dishwasher untuk aku sebagai hadiah krismas tetapi mentua aku tau agenda tu, jadi dia yang nak belikan sebagai hadiah kami masuk rumah baru, jadi dengan dapur baru aku tunjuk, dapatlah gitu, sebenar banyak aku nak tunjuk gitu tetapi cam maman kata, tunggu sehingga masuk rumah dulu lepas tu baru tau jelas apa aku nak sebenarnya, jangan tergesa gesa nak semua serentak keran excited gitu tetapi sebenarnya tak matchinglah tak kenalah.. jadi tunggu, cam mentua aku kan ubah dining dan salon dia sejak summer, sampai sekarang pun tak siap tu, dia tunggu tunggu cari yang sesuai gitu, uh lama gila.. tapi hasil memang cantik sehingga kami bawak anak angkat kami si khairul tu rumah maman, dia boleh nak usik itu ini kerana katanya cantik gitu mentua aku ubahsuai rumah... heheheh. Tapi aku pesan tenguk aje jangan sentuh kerana pantang mentua aku rumah dia disentuh sentuh sehingga meninggalkan kesan jari kat cermin, kat pintu dan tingkap kaca, atas meja makan berkaca tu..
------------
Mungkin lepas krismas, kami start bersihkan dinding dan kemudian cat, telepon B berdering dering gitu tanya bila boleh datang menolong mengecat dan angkat barang gitu... yepp kekawan B awal awal dah bagitau yang dorang akan menolong...

samedi 19 décembre 2009

proses pindah

Sabtu, pegi makan tengahari dengan khairul, ash dan guillaume... kali pertama gitu kami pegi makan beramai ramai, jadi meriah sangat... lama jugaklah mostly cita dan makan, cita dan makan... lepas tu sesi bergambar, taukan sekarang sudah ada 3 malaysian kat sini, lepas habis makan, aku, B dan khairul pegi tanguay, survey barang rumah gitu, kerana aku, ok kita letak nama B, kerana B sungguh excited berpindah jadi kami akan beli banyak jugak barang baru seperti dapur masak, dishwasher, ini semua aku nak stainless steel gitu untuk sama cam fridge, dan mungkin jugak sofa..
-------
Habis tu kami pegi rumah jiran kami yang dah pindah tu, rindu banget aku dengan anak anak dia, nampak aje bebudak tu terus ala ala cam jejak kasih gitu, sebelum balik, sekali lagi jejak kasih gitu... harap bebudak ni tak lupakan aku gitu.. sedih aku kalau dorang lupa... tu si bongsu tu, aku bukak kabinet dalam bilik air, bau dia, bau bedak krim dia,terus terasa aduh rindu banget ngan dia.Sebelum balik rumah, kami pegi kedai hardware milik sepupu B, Luc, ambil mesin untuk smoothkan lantai, fungsi mesin ni untuk buat lantai cam baru semula gitu... nasib baik ada mesin, aku tak dapat nak bayangkan jika kena sental lantai ni ngan sandpaper, mau menangis dibuatnya sebab ngan mesin ni aje dah ambil banyak masa...
Seramik pun dah siap dipasang, beige pudar gitu, jadi sekarang tinggal buat lantai kayu dalam bilik kami, lepas tu mengecat, kemudian pasang balik pintu dan buat almari balik, lepas tu bolehlah start pindahkan barang..

vendredi 18 décembre 2009

sian

Sian papa mentua aku, pagi tadi B balik keja terus ke hospital sebab dorang kata papa jatuh tersembam gitu, dah banyak kali B pesan jangan membongkok sebab papa tak kuat nak sokong dirikan, tapi cam biasalah mana nak ikut kata... Jadi papa jatuh, patah hidung dan bengkak sepenumbuk gitu.. ngeri aku tenguk terutama part hidung tu bila membengkak... uh mesti sakit ya amat.....

jeudi 17 décembre 2009

shopping dan makan makan

Sejuk ya amat pagi ni dalam -20°c gitu, bukak pintu aje cam brrrrrr, best betul kalau berlari lari manja ke katil semula sambil berselimut dengan duvet yang tebal tu, tapi apakan daya, kena gak ke kelas, apatah lagi aku baru dapat ala ala cam best student gitu, siap dapat sijil gitu, jadi best studentkan, mana boleh ponteng, kaedahnya gitulah yek.... Cam nyesal pulak aku tak pakai long john sebab cam beku pulak kaki rasanya sekadar berjean, tapi long john tu pulak entah mana mana aku simpan, kena cari dulu...
-----------
Aku sampai kelas lewat jugak sebenarnya hahaha best student apa kebendanya yek, aku ke cafeteria dulu beli kopi dan sandwish telur sebab lapar ya amat, masuk kelas boleh semua tepuk tangan kata ''bravo fara bravo''... ceh tersipu sipu aku pegi kat meja aku.. tapi hari ni cam tak da kelas sangat sebab lepas tu kami ada party chrismas. Jadi sejam gitu aje dalam kelas, kami buat ujian sikit, tapi cam apa kejadahnya cikgu aku bagi ujian timeni bila semua dalam mood holiday gitu, tapi kami buat jugaklah, lepas tu cikgu kasi cam biskut coklat makan reramai.. dan bila semua ke cafeteria untuk party chrismas tu, aku keluar ambil bas pegi shopping.............
-----------
Satu hadiah pun aku tak beli lagi, semalam makan thari dengan makie dia kasi aku hadiah, jadi terpaksalah aku membalas hadiah.. lepas tu cari hadiah untuk B dan thao, anak si makie... Untuk B aku belikan DVD ''the hangover''... untuk thao aku belikan pjamas 3 helai dan makie aku belikan lilin dalam bekas cantik gambar wanita jepun ni... kira comellah... untuk aku, aku beli blanket comel untuk guna masa tenguk Tv dan tshirt selai kat simons. B hint kat khairul yang dia nak helicopter remote control ni, aku dah suvey gitu, untuk orang yang baru nak beremote controlni, helicopter tu aje cost nak dekat 200 dollar, ni helicopter tu bebudak tua cam B lah.. terpaksalah aku kata ''lupakan aje B tuk dapat masa chrismas ni'', mungkin bday B bulan depan.. aku pikirkan balik, ialah bulan depan bday B pulak, sekali lagi aku kena pikir apa nak kasi..
-----------
Semalam aku dengan makie pegi makan kat resto jepun yang baru dibukak tak jauh dari rumah aku ni, sebijik cam berada kat jepun gitu, masa masuk dorang siap kata dalam bahasa jepun gitu, hansem hansem mamat jepun 3 beradik tu, tapi bila tanya nama, yang layan kami namanya louis... oh.. jepun nama omputih, lepas tu makie cakap, dorang mix, jepun emak french canadian bapak gitu.. kuat betul gen si jepun ni yek sampai 3 beradik ni lebih banyak rupa jepun dari rupa omputih, macam anak makie jugaklah, rupa sebijik cam jepun tak da langsung rumah omputihnya. Makie kata kalau bart (laki si makie) bawak thao berjalan jalan, orang siap tanya ni ambil dari jepun ke.. cam nyampahlah si bart nak jawab yang bini dia orang jepun..
-----
2 jam lebihlah kami dalam resto tu, patutnya aku keluar makan dengan B sebab anak anak saudara kami datang dari montreal, tetapi kerana aku dah janji dengan makie, dia pulak siap dah cari babysitter jaga thao, terpaksalah B sorang aje habiskan masa dengan papa dan anak anak saudara dia, dorang siap pegi go kart lagi.. sushi kat resto tu fresh habis.. sekali makan 15 ketul gitu, jadi lamalahkan kami kat situ, sebab makie kan jepun, dorang bercakap non stop gitu, lepas tu sampai aiskrim coklat sekali aku dapat makan walau tak da dalam menu.. jadi ni free untuk customer baik cam aku, kata dorang hehehe..
------
Masa kami nak balik sebab B datang jemput, dorang siap kata arigato sambil tunduk hormat tu..

mercredi 16 décembre 2009

party noel

Semalam kami ada party chrismas dekat rumah yang papa menginap tu, lepas B balik keja teruslah kami ke sana, ada 24 penghuni dalam tu, tetapi sedih aku tenguk bukan semua yang anak anak datang party tu, boleh dikira berapa ibu atau bapa dekat situ yang anak anak datang, cam papa, bertuahlah maman, aku, B dan kawan family sorang, datang party tu... mungkin dorang sibuk kot ialah buat bukan hari minggu kan..... Sebagai hadiah chrismas untuk papa B, maman upah orang main accordion untuk party ni, aku rasa idea yang baik betul sebab party ni asalnya dorang cuma akan makan makan dan tenguk Tv, jadi dengan musik ni, meriah betul, B menari non stop dengan semua yang ada, B paling excited gitu kaedahnya... aku siap buat permintaan mainkan musik lagu aku pilih lagi, À Toi yang aku tujukan untuk B, kami menyanyi menari, meriah gitu... Jadi best partylah yang buat papa mengalir air mata meriah gitu.....Inilah coat bulu kucing liar yang kami baru repair tu, aku betulkan bahu dan potong bawah sikit tuk buat penutup kepala.., nasib baik maman B yang bayar gitu sebab nak dekat 500 dollar lebih hanya untuk repair... dan aku baru tau coat ni usianya lagi tua dari aku, tetapi kerana buatan baik, tu tahan sampai hari ini, bulu tu pun tak tercabut tu, dan bab simpan, kami tak simpan kat rumah sebaliknya simpan kat kedai yang repair coat ni, sebab dorang ada store khas tuk coat bulu bulu ni, sebulan 20 dollar. Semalam aku pakai masa ke party papa tu, punya ramai orang duk puji kata cantiknya hehehehe

lundi 14 décembre 2009

keja ubah suai

B balik keja aje terus mulakan keja ubah suai kediaman baru kami... tak penat ke aku tanya sebab baru sampai rumah, rehat pun tidak, terus start buat itu ini... Yang ni kami letak seramik dari dapur sampai toilet.Jadi inilah rupa kediaman kami, salon (ruang tamu) dan dining bersebelahan gitu, dan dapur pulak jenis open dapur.Ini bakal jadi bilik kami..... besar sikit dari bilik kami sekarang, dan almari pakaian dia, heaven.. dua kali ganda lagi besar dari apa aku ada sekarang ni, dan cam biasa aku tak perlu berkongsi dengan B sebab B akan ambil almari dari bilik no 2. Lantai ni semua kami akan buat baru, akan buat lantai ala ala cam lantai kayu.

dimanche 13 décembre 2009

pindah

Aku baru perasan yang aku punya excited nak pindah, asyik pikir nak beli itu ini, nak buat itu ini selain pikir apa hadiah nak dibelikan untuk B, sehingga aku terlupa yang kami ada godson yang kena dibagi hadiah... Aku kena bagi thao atleast sebelum cristmas sebab selepas tu dorang sefamily akan balik jepun 4 bulan, lepas tu anak anak saudara aku kat slovakia sana tu, dua orang, lepas tu theo dan akak dia fenja kat german, aku bagitau B, kami cam ''camana kita boleh lupa''... mungkin kerana sibuk nak pindah... nak dipos lagi, nak kena cari hadiah lagi, nampak gaya dorang cuma akan dapat selepas chrismas...
---------
Kami dah dapat kunci untuk kediaman baru kami, aku jugak dah buat keputusan semua dinding akan dicat beige gitu, B nak putih, goda godaan akhirnya B setuju dengan color aku pilih, ,tapi mungkin aku akan tukar pikiran pasal color, tenguklah, beige ni matching dengan semua perabot kami ada... kami tak kemas apa apa lagi, ialah sebab pindah ke sebelah ajekan, jadi cam aku angkat pinggan mangkuk dari almari sini terus masukkan almari kat sebelah, cuma itulah nak meredah sejuk, musim musim camni, bukan musim sesuai tuk berpindah gitu...
-------
Oh ya, jiran aku kan dah keluar rumah, masuk aku masuk, jiran aku siap tinggalkan aku rocking chair dan baby jumper chair gitu... sabar ajelah tapi oklah, kalau godson aku thao datang rumah kami, atleast senang sikit tuk dia duduk...
---------
Hari ni genap 4 tahun aku dekat sini, 4 tahun lalu salji turun lebat malam itu, seperti malam ini...

nOEL

Chrismas datang lagi, jadi maknanya aku kena bagi hadiah dekat B, masa berkumpul reramai dan part tukar tukar hadiah, jadi aku kena bagi hadiah dan dapat hadiah...
---------
Kerana aku masih bergaduh dengan sepupu B, jadi kami takkan ke rumah dialah macam tahun tahun dulu, lagipun mentua aku kan ada dekat sini sekarang, jadi rasanya tahun ni tahun pertamalah kami masa chrismas dengan parent B.. Elok untuk B jugak kerana B kata dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir masa krismas dia dengan parent dia...
--------
Untuk B, aku cuma akan bagi DVD ''the hangover''. Aku, B tanya apa aku hendak, aku kata aku pikir dulu, emm sejak menjak ni aku malas nak jadi tamak, ialah bab dapat memacam ni, bukan masa chrismas aje aku dapat, selalu, ialah tahun ni B dah bawak aku dua minggu ke US, 5 minggu ke europe, itu tak campur sini sana dalam quebec ni, lepas tu itu ini yang aku dapat, jadi aku cakap ngan B, aku nak satu aje hadiah, barangan dalam rumah, bila aku sebut, apa aku nak B cam ''wah, itu dah macam dapat 10 hadiah jugak.... heheheh..
--------
Jadi jumaat lepas kami ke future shop, survey benda yang aku nak tu, seribu dollar jugak harganya untuk brand aku pilih, yang aku pilih... heheheh sound cam tamak jugak aku yek, satu hadiah aje kos dah gitu, tapi kerana aku kenal B, sure aku akan dapat tanpa banyak masalah ;) jadi masa mama B tepon, B tercakaplah yang hari ni dia survey hadiah tuk aku, langsung mama kata ''nanti kita pegi pegi kedai tanguay'', kat sana banyak, lagipun family simard boleh dapat special harga''.... aku rasa wujudnya special price ni sebab pemilik kedai tanguay ni, maurice tanguay ni kawan baik mentua aku......
-------
Walaubagaimanapun tak kiralah beli dekat mana, camana, aku akan gembira semasa mendapatnya...

vendredi 11 décembre 2009

Lesen memandu... (update)

Setelah lesen memandu malaysia aku expired hampir dua tahun, dan kemudian pula, sempena ulangtahun kami bebaru ni yang salah satu hadiahnya ialah ambil lesen keta, jadi cerita hari ini ialah, camana untuk ambil lesen keta di sini..
-------
Step pertama, tetapi step ini tak wajib, kita boleh belajar sendiri di rumah atau pegi driving school belajar pasal teori memandu, itu yang aku buat, aku pegi kelas, 4 kali untuk dua minggu, total masa dia 12 jam... dan sebelum ambil kelas teori tu, digalakkan tepon SAAQ untuk buat temujanji ujian knowledge ni.. Oh ya, kos B bayar dalam 564 dollar... ini termasuk kelas praktikal memandu sekali..
-------
Jadi semasa hari exam knowledge (EK) tu, kita pegilah ke pusat SAAQ, cam aku imigrant yang baru bukak fail dengan SAAQ, lamalah sikit prosesnya, jadi aku kena bawak kad PR, confirmation masa jadi PR dan medical card, jadi aku buatlah file dengan dorang.. lepas tu kena bayar 10 dollar untuk EK.. Dia tanya jika aku ada permit memandu dari malaysia atau tidak, aku kata iya tetapi dah expired, dan aku tak ada translate bahasa untuk kad tu jugak, jadi dia kata tak dapat nak menolong gitu jadi aku kena start dari bawah untuk lesen memandu quebec, aku kata ok sebab aku dah jangka pun... Lepas semua pasal aku dicatat, kemudian ujian vision.. jadi kita kena tenguk dalam mesin cam mesin check mata, kita tenguk gambarajah, dan kita kena cakap sama ada objek tu ke kiri, ke kanan, atas atau bawah.. Yang ini aku lulus dengan jayanya....
-------------
Kemudian masuklah aku dalam bilik exam, ramai gila umat, boleh pilih dalam french, ini mostly untuk quebecerslah, cam aku, aku pilih dalam bahasa english dan jika immigrant cam cakap spanish, dorang boleh pilih dalam bahasa tulah.. dan malangnya exam pertama aku kantoi, HAMPEH, aku rasa sungguh benak sekali... kenapa aku kata camtu, inilah adalah kerana dalam website SAAQ, ada ujian online yang kita boleh buat, jadi aku buat berkali kali sehari, dengan lulus hampir 100% tiap kali aku buat, tapi sepatah harampun soalan 100% sama macam dalam website tu.. hampa aku, masa kat kaunter tu, aku pilihlah tarikh baru untuk exam kali ke dua.. exam kali ke dua cuma boleh dibuat 7 hari selepas exam pertama...
-----------------
Aku tanya B, dia sedih tak aku kantoi, dia kata langsung tidak, sudah diura urakan cam EK ini adalah susah, cam jiran aku dia ambil 4 kali (tapi masa tu dia umur 16 tahun gitu) , dan sorang classmate aku ambil 6 kali.. tapi B, dia cuma ambil sekali lagi, sedih aku, jadi B kata adakah aku akan gembira jika dia cakap dia jugak ambil EK tu lebih dari sekali.. aku kata sudah terlambat nak kata gitu kerana aku tau dia lulus dengan sekali exam aje...
--------------
Balik aku search kat goggle cari EK ni online, mana tau ada soalan bocorkan... ialah dah aku rasa soalan online kat SAAQ cam tak boleh dipakai sangat, tak membantu sangat... Jadi aku jumpalah website ni http://www.yd.com/legacy/YoungDrivers/default.asp?page_id=24&SAAQ_Test=11
Apa aku boleh kata, the best exam ever.... membantu betul kerana aku ada jumpa banyak soalan dalam exam betul.... selain tu aku pinjam buku pasal memandu ni kat library... Jadi studylah aku siang malam dengan niat nak lulus dengan jayanya.....
------------
Malangnya tidak, HAMPEH sekali lagi, aku lulus dua dari 3 bahagian.... apa 3 bahagian ini...
1) Highway safety code.
2) Road sign dan traffic sign.
3) Special topic cam driving dan road safety.
Jadi aku lulus no 2 dan 3 tetapi tidak no satu.... Sedih aku, sekali lagi B kata dia tak kisah, ada ramai orang buat banyak kali, malah mentua aku dan akak ipar aku jugak cakap benda yang sama, oh ya termasuk sepupu B jugak, cuma family aku kata ''la susah ke soalan nya''...... apa soalannya......
---------------------
Soalan bahagian satu dan dua, ada 16 soalan.... dan kena betul 12 soalan. Soalan no 3 ada 32 soalan dan kena betul 24. Jadi katakan kita buat soalan no 1. Kita baru mula dari no 1 dan salah, dan salah berkali kali sampai dah ada 4 salah (dari 16 soalan, kena salah 4 sahaja untuk pass exam dengan 12 betul), dan kita baru dekat no 4, dan bila kita jawab soalan no 5 dan salah jugak, otomatik kita dibawak menjawab soalan dari bahagian dua pulak, tanpa perlu menghabiskan semua soalan dekat bahagian satu, ialah dah 5 salah, walau ada baki 11 soalan tak berjawab, tak perlu dijawab lagi kerana kita dah gagal bahagian 1.
---------
Yang bestnya kita cuma repeat bahagian yang kita kantoi aje, jadi minggu ni aku buatlah exam untuk kali ke 3, ha korang nak gelakkan, gelaklah, aku tak kisah pun heheh, jadi aku buatlah exam untuk bahagian satu yang aku kantoi tu, 16 soalan aje, kali ni dengan riaknya aku cuma jawab dalam 10 minit dan aku cuma jawab 12 soalan aje kerana dari no 1 sampai no 12, satu salah pun tak da..... heheh ialah dah jawab 3 kalikan... Jadi dengan bangganya aku membaritahu yang aku sekarang ada learner's licence,, aku boleh memandu tetapi dengan syarat mesti dengan orang yang ada lesen penuh duduk sebelah, cam B kena duduk sebelah aku masa aku memandu..
-------
Dan encik B aku, punya happy aku lulus, lepas B ambil aku depan pintu pusat SAAQ tu, B boleh melaung dekat satu couple yang tidak dikenali langsung yang sedang berjalan cam ''yahoo... isteri saya lulus exam.. kali ke 3.. gulp, aku tak tau aku nak marah sebab B bagitau aku ambil 3 kali atau ketawa aje sebab B tengah excited, couple muda tu senyum sampai telinga lagi aku tenguk...
------
Jadi aku akan memandu dengan B dan selang seli memandu dengan kelas memandu, mungkin lepas winter berakhir, takut aku nak memandu masa winter, buat masa nilah, dah lama aku tak memandu, hilang skill dah.. selepas 8 bulan, aku akan ambil exam lagi dengan SAAQ, kali ni exam praktikal jalan raya pulak, kalau lulus dan kerana aku atas 25 tahun, aku akan dapat lesen memandu penuh, jika aku masih muda trang trang bawah 25 tahun, aku cuma akan dapat lesen memandu selepas hold a probationary licence valid for 2 years or until age 25, whichever comes first.
--------
Oh ya, lupa satu, selepas aku lulus EK, dekat kaunter tu, pekerja tu memula ucap tahniah dengan aku kerana lulus (dorang ucap tahniah tanpa henti dekat semua yang lulus), lepas tu dia kasi aku pamplet buku semua pasal learner's lesen, dia cakap pelahan lahan jelas dan lembut, aku rasa dia cakap pelahan lahan tu kerana akukan immigrant, jadi nak aku faham betul apa dia cakap dalam bahasa french tu, aku senyum betul dengar dia cakap, lepas tu dia kata aku nak learner lesen tu dalam kertas atau kad bergambar, kalau kertas adalah percuma tetapi kad bergambar kena bayar 53 dollar.. aku kata aku nak kad bergambar... jadi kenalah ambil gambar sekali lagi.. bab ni aku tak sangka pulak kena ambil gambar lagi, ok, aku kan pakai winter jacket cost 450 dollarkan, jadi kenalah jadi cam the best winter jacket gitu untuk setimpal dengan apa dibayar sampai selai tshirt aje dah buat aku panas sehingga tak terasa sejuk.... jadi hari tu aku cuma pakai winter jacket dengan tshirt tali halus tanpa lengan (sebab kejap aje jadi aku cuma sekadar bukak zip aje tak tanggalkan jacket), aku cam malu sendiri pulak masa ambil gambar, jadi kesimpulan dia, aku akan ada learner lesen dengan gambar yang ala ala sexi gitu... Oh ya sekali lagi, tiap kali repeat EK atau exam knowledge kena bayar 10 dollar....

jeudi 10 décembre 2009

terima kasih

emmmm berapa dalam sehari kita mengucapkan ucapan terima kasih, terima kasih semasa urusan membeli belah, semasa kita turun dari bas sebagai contoh, atau sekadar terima kasih kerana ambilkan cawan di dapur buat suami, encik B aku, sebagai contoh, baru aje telepon dari tempat keja, katanya baru makan malam, makan bekal yang aku sediakan, siap pencuci mulut salad dan main menu gitu, B kata ''terima kasih mon amour''... terima kasih kerana sedikan bekal, ini bukan benda baru dalam idup aku B ucap terima kasih selalu kerana 4 tahun gitu setiap hari aku mendengar ucapan ni, terima kasih kerana ambilkan towel, terima kasih untuk itu dan ini... terima kasih terima kasih atau merci dalam bahasa ibunda B...
--------------
Aku, aku walau disumbat setiap hari dengan ucapan terima kasih ni, still tak boleh jadi cam B untuk berterima kasih selalu, tak biasa, malas, kenapa nak berterima kasih, entah.... kalau korang baca blog aku dari awal ni, sure korang ada baca camana hari hari pertama aku dekat sini, yang aku pegi pasar kat old port, makcik ni tegur aku kerana katanya tak sopan aku tak ucap terima kasih selepas beli barang, tebal muka aku, ianya jadi pengajaran sehingga hari ni, tetapi masih tidak sekerap B yang senang mengucapkan terima kasih selalu seperti diset diminda gitu.... Macam B cakap ''pardon'', excuse me selepas bersih.... bien élevé well-behaved bersopan santun gitu kaedahnya.
-------
Cam jiran aku sekarang, dia cukup marah dengan anak dia yang tak reti berterima kasih, ialah bebudak tu, cam petang tadi ketuk pintu minta aku temankan dia main snow, mama dia sibuk jaga adik dia, jadi kalau dia nak main luar rumah, kena ada orang temankan, walau nak6 tahun gitu, still mana boleh dibiarkan main sesorangkan, jadi sapa lagi dia nak harapkan selain akukan, sudah tentu aku kata iya, kami mainlah snow membukit depan rumah, dia gelungsur bagai, jiran aku dalam rumah ajelah sbb anak kecik dia tidur... lama lepas tu aku hantarlah dia balik, dia tak ucap terima kasihkan, menyerit jiran aku, sampai aku tutup pintu pun dia tengah bebelkan anak dia yang tak mau ucap mekasih, well aku tak heran sangat, aku pun bukan selalu ucap mekasih pun, tetapi B jangan, mau masa tu jugak dia kata ''next time''... jangan datang kalau tak tau cakap terima kasih, terkebil kebil budak tu, tetapi besok dia datang jugak, dan besok dan besok... dan cuma akan berhenti bila mereka pindah kelak, minggu depan, sedih aku..................
-------------
2 hari lagi genap 4 tahun aku di sini, mungkin hari itu aku akan berterima kasih bebanyak dengan encik B aku.....

salji lagi

Gambar tengahari tadi selepas salji turun lebih setengah hari......

mercredi 9 décembre 2009

ribut salji pertama musim ini

Diheboh hebohkan yang hari ni ribut salji pertama melanda untuk musim ini, dikatakan tengahari gitu... pagi tu, sejuk ya amat tetapi smell fresh, maknanya salji akan turunlah tu... Sampai kelas, semua duk cita pasal cuaca hari ini... lamakan salji tak turun, bila turun sekali, dikatakan dalam 20 - 30 cm gitu... aku excited, korang tau ajelah aku kan suka snow.. alam keriangan tuk bebudak tua macam aku ni....
--------------
Tunggu salji turun tu, satu penantian betul, korang agak ajelah bila dikatakan salji nak turun, sure tunggu menunggukan lelebih cikgu aku kata kalau salji turun sebelum jam 11 pagi, kelas akan kansel, sekolah tutup sebab untuk mengelakkan kesukaran bila ribut melandakan... tetapi salji tak turun turun, aku duk kejap kejap pandang tingkap, betul menyeksakan sekali bila penantian ditunggu tunggu tak menjadi... jadi kelas cam biasalah,,, tup tup snowflakes muncul jam 12 gitu, excited, flocons de neige, flocons de neige (Snowflakes) gitu kami berteriakan ala ala cam bebudak tadika... dari flocons turun ditiup angin pelahan digantikan dengan salji turun dan kemudian menjadi lebat ditambah dengan angin kuat, jadinya kelas pun tutup dan sekolah dibatalkan..
---------------
Aku balik jalan kaki gitu, pertama sebab nak enjoykan diri dengan winter, cam aku cakap aku suka saljikan, jadi jalan dalam ribut kuat sampai sakit mata dan muka aku kerana kelajuan salji menerpa muka tu, aku enjoy hahaha kedua aku bawak kamera, jadi aktiviti ambil gambar gitu... tapi masa aku balik ribut salji baru melanda, jadi ok lagi tuk berjalan... Sungai pun sudah membeku dengan lapisan nipis ais di atasnya, dalam bulan dua gitu, sure dah boleh berjalan atas dia...Aktiviti sukan popular orang sini masa winter ni, bersihkan keta dari timbunan snow... macam B buat ni sebelum pegi keja......
Dalam pukul 3 lebih, salji semakin tebal gitu........Salji ni jenis cam tepung, jadi taklah melekat lekat kat pokok ke apa.. dan salji yang turun sejak tengahari tadi, sehingga sekarang masih belum berhenti lagi, lori sibuk membersihkan jalan dari snow dan kebarangkalian, mungkin besok sekolah tutup..... harap haraplah dari aku yang pemalas.

samedi 5 décembre 2009

emosi

Habiskan masa dengan mentua aku hari ni apatah lagi akak B kat sini, kami pegi makan pagi dekat paris grill, drama sungguh kat sana, papa mentua aku ni kira emosionallah pulak sejak manjak ni, jadi senang betul nak mengeluarkan air mata gitu, lelaki family simard ni memang emosional sikit termasuk encik aku sorang ni, kami dapat meja sebelah family ada anak 3 orang, hansem banget anak lelaki dorang tu, kecik kecik dah jadi smart little guy gitu dengan kameja siap berbutang habis, rambut tersisir belah kemas, mau aje aku ke meja tu tanya cam ala ala filem blues brothers ''how much for the little girl, how much the little boy''... balik pada cita papa boleh cam setelah dialih kepada bahasa mudah cam ''next time kita camtu pulak yea, ada baby kat meja, mama mentua aku tanya ''Anak sapa''. papa jawab ''anak stephan''.... aku cam tak jadi menguap bila dengar... dan lepas tu berjurai matalah pulak... drama betul, aku tak tau aku nak sedih ke apa, tapi aku rasa tidak, aku cuma rasa sedih dekat papa kerana terlalu beremosi...
-------
Papa mentua aku ni semakin hari semakin nampak uzurnya, kaki pun dah tak boleh diangkat, next time aku rasa makan pun kena disuap, entahlah, aku ada rasa kalau kami berbaby pun, papa mentua aku dah tak da dah masa tu dah... tapi tak taulah kalau panjang umur betul.... mama mentua aku cam tak kisah ada anak ke tidak, sebab dia selalu cakap cam ''camana nak ada anak kalau asyik travel, jarang lekat kat rumah,... aku selalu jawab cam ''apa susah, tukar ajelah life style, lagipun bukan mama kena jaga pun'' berani tak aku menjawab hahaha..
-------------
Oh ya, jadi kami dah bagitau lah semua kami bakal pindah, excited mama mentua aku, kalau B tak masuk campur, mau dia upah orang hias rumah kami tu... jadi cam kecewa dia bila B tak kasi masuk campur, sebab B kata bukan rumah kami betul, lainlah kalau dah beli ke apa... walaubagaimana pun aku tak endahkah apa B kata dan dengan apa mentua aku siap kasi pandangan, aku kena beli cat rumah berdasarkan karpet kami ada, jadi dinding patut hijau lumut cerah dan dapur boleh warna merah hati lembut, dan bilik, tak tau lagi, B nak putih putih putih dan aku tak mau tak mau tak mau...
----------
Kami pegi ambil jacket bulu kucing liar aku jugak kat kedai pakar bulu ni, kos nak potong pendek sikit, dan potongan tu buat penutup kepala dan betulkan bahu aje kos 500 dollar, cam biasa mentua akulah bayar sebab dia yang beriya iya suruh aku repair... sekali pakai, aku rasa aklau aku kata aku orang inuit, sure orang percaya.....

vendredi 4 décembre 2009

kami pindah..

Punca utama kenapa aku jarang menulis sebab kelas kan dah start, jadi agak busylah jugak, isnin dan rabu, aku habis kelas jam 3.30, yang lain hari tengahari tetapi tau ajelah bila dah sampai rumah, ditambah B dah keja sepanjang minggu ni, aku cam busylah jugak, ke sana ke sini, sibuk mengalahkan ada anak ramai.. ada hari, dua hari aku tak masuk dapur gitu... busylah kekiranya...
----------
Kami akan pindah tak lama lagi, kira ini kali pertama kami berpindah sejak aku menetap di sini, kami tak pindah jauh pun, tak perlu sewa lori ke apa, sebab kami pindah ke sebelah sahaja... buat masa ini aku berangan nak beli bar chair, storage bench, cat rumah warna hijau epal... bestkan berangan.....
-----------------
B dapat flu, merah merah hidung mamat tu dengan tisu tak lekang di tangan... harap B cepat sembuh sebab ahad ni kami nak ke becancour, melawat malaysian di sana......

mercredi 2 décembre 2009

cita

B jemput aku balik dari kelas sebab aku sengugut cam nak mampus, tak mampu aku nak angkat kepala mahupun tegakkan badan, sampai semua jatuh kesihanlah sampai sorang carikan pil, cikgu aku suruh rehat, jadi aku tepon B suruh jemput, sampai rumah, waduh waduh laki aku tengah mengemas rumah rupanya, habis dapur disusun bagai, bagus bagus aku kata sampai masuk bilik terus terbaring rehat sementara B buatkan aku chicken soup ala ala happy foods untuk akulah..
--------
Semalam aku dengan B babysit anak bongsu jiran kami, baby kesayangan kami tu, sejak menjak dia dah masuk setahun, semakin lasak, tapi semakin menarik dan mengoda hati dengan kecomelan dia, aku mostly kat dapur, masak busy kemas, dan B, dialah jaga, melayan bermain tu semua siap menari bagai, ala ala happy family gitu, lepas 3 jam, jiran aku pun balik rumah dan ambil anak dia, dan B, alahai baru 3 jam mengasuh dan penat, boleh terus cari bantal nak tidur, aku cam ''mon amour, apa ni, baru jaga kejap dah penat, ni kalau anak sendiri, 24 jam kena jaga camana, B ''ha itu best jaga anak orang, dah penat, kita boleh pulangkan balik'''.............. yepp, itu anak orang, anak sendiri, nak dipulangkan kat mana....? masukkan balik dalam rahim ke apa...

mardi 1 décembre 2009

winter jacket

Shopping winter jacket hari ni, uh korang tak da idea bagaimana mencari winter jacket ni aje boleh buat aku dengan B bermasam muka, nyampah, kejap kejap, biar aku pikir sama ada nak mengumpat B atau tidak... emmmmmmm ok, mari kita mengumpat... dua minggu gitu aku mencari winter jacket baru ni, jenis paras bawah sikit dari pinggang tu sebab aku masih ada winter jacket labuh ke lutut tu, cari winter jacket baru tuk bersnowboarding..
----
Kenapa aku dengan B bermasam muka, encik B aku tu benci kalau aku pakai apa apa warna coklat (bagaimanapun aku punya winter jacket, dua dua warna coklat dan korang tau ajelah betapa nyampahnya encik B aku tu tapi masa beli aku pegi sorang, jadi terlambat tuk dikomen), uh kalau korang kenal B, sure tak lepas dari cita camana nyampah betul dia dengan warna coklat ni, katanya seri aku tak naik sebab aku coklat cerah gitu, dia suka aku pakai warna cam pink merah merah gitu, oh ya, camana korang pikir, camtulah aku pikir tapi encik B aku pikir aku menawan hati gitu dengan warna warna camni.... Jadi dua minggulah aku mencari winter jacket, jacket warna coklat, hitam mahupun biru laut sekalipun direjek tanpa dua kali mempikir, sekali aku jumpa warna pink pekat kat la tulippe, saiz tak da pulak, aku order, tapi lepas seminggu dorang kata memang tak da tuk tahun ni, semalam aku ke sport expert, jumpa warna pink pekat, tapi cam aku tak berminat pulak design dia, jadi tak belilah... last aku cakap last last minit nak beli jacket ni, banyak saiz tak da, jadi aku akan beli ajelah mana mana color yang ada, bla bla... memuncung laki aku.. mengada ngada......
--------------
Akhirnya selepas banyak kedai jual jacket aku pegi melawat, selepas banyak kali bibir memuncung merajuk, hari ini kami pegi chez sail.. uh lega aku, nasib baik jumpa, warna pink pekat (sama color dengan baju hujan aku beli masa summer tu)... aku terai pakai (jacket tu no 5 aku terai) dan terus jatuh cinta, B kata jacket tu sesuai tuk aku dan paling penting warna dia warna yang B suka dan buat aku cantik menawan (penting tu hahaha), jadi aku kata ''vendu''... malas aku nak pikir dah, malas nak pikir sapa pulak merajuk memuncung lepas ni, itu ini,... Masa B bayar, 450 dollar gitu..... ok, over budget dari apa aku pikir nak cari, tapi kenangkan punya banyak drama akan berlaku lagi kalau aku tak beli, jadi aku senyum ajelah sampai pikir betapa menawannya aku bila meluncur nanti...

vendredi 27 novembre 2009

selamat raya aji...

Raya tiba lagi, dan selalu bila tiba raya, mulalah bermulanya episod 1001 yang sama setiap tahun, aku beremosi, pagi ok lagi, salam B sebelum ke kelas, dan kat kelas aku ok lagi, B keluar dengan parent dia sebab mama mentua aku sampai qc semalam dr floride, jadi bila aku dalam perjalanan balik, engkau, emosi aku, boleh meleleh air mata gitu, nasib baik tak da ramai orang lalu lalang tepi sungai tu kan, nangis pun sekadar keluar air mata aje, tak da sedu sedannya..
-----------
Tetapi bila sampai rumah, tenguk rumah kosong pulak, sedu sedan mulalah keluar, macam orang tak da family aje aku rasa balik rumah sunyi, terasa betapa sedihnya aku tak terucap dulu, jadi sedu sedan bertambah kuatlah dan bila aku tepon B dia tak angkat, lagi sedih aku, nasib baik B tepon balik kurang 5 minit gitu dan bila dengar aku menangis, sure B panik dan dia kata dia sedih kerana aku sedih dan akan balik rumah secepat mungkin...
-------
Dan bila aku hampir terlelap kerana terlalu sedih, B pun sampai rumah........
-----------------
Aku rasa sampai bilapun emosi masa raya ni takkan hilang, B bagitau orang aku nangis dua hari gitu setiap kali hari raya menjelma, sedih tau, aku suka berada dalam family besar meriah berkumpul bila raya macam family aku setiap hari raya, sudah tentu bila emak aku tepon dengan riuh rendah bunyi kedengaran dalam tepon tu buat aku tak keruan.. kerana sini cuma aku dan B, dan aku bagitau B yang selepas ini, kalau B tak keja semasa hari raya posa mahupun haji, B tidak dibenarkan pegi ke mana mana selain habiskan masa dengan aku... kerana aku akan beremosi dan paling last aku hendak ialah ada perasaan macam tiada family.
-----------
Jadi untuk semua, selamat menyambut hari raya haji dari kami berdua..

mardi 24 novembre 2009

mummy blanka

Hari tu kami kirim serbuk kopi tim hortons dengan mummy blanka di slovakia, imbas kembali, mummy ni mama kepada kawan baik kami di slovakia sana, yang aku kenal semasa mengembara di india 2002... mummy cita camana dia suka sangat kopi dan donut tim hortons tu semasa bercuti di canada, jadi aku dengan B kirimlah sebungkus sebagai kejutan gitu, jadi dapatlah email dari mummy, gembira sangat dia, akhir email dia tulis, your mummy, blanka, aku rasa aku dan B duk mengumpul mummy merata negara gitu, emak kandung aku, mama B, mummy bjoern di jerman dan kemudian mummy blanka di slovakia... pelbagai negara dan bangsa gitu, mana satu aku lebih sayang, sudah tentu emak aku walau aku ada rasa emak aku sayang B lebih sekarang ni sebab hantar sms tak pernah hantar kat aku, mesti hantar kat B... Aku dan mummy blanka sebelum kami bertolak semula ke bratislava. slovakia untuk ambil bas ke czech republic. Oh ya, hari ini genap dua bulan kami pulang semula ke rumah selepas 5 minggu bercuti di europe.. dan iya, aku akan sambung cita tu nanti, kerana aku nak simpan jugak sebagai kenangan untuk diri sendiri...

lundi 23 novembre 2009

papa mentua

Sementara mil aku sibuk menghayun kayu golf di florida, B tetiap hari pening kepala dengan gelagat papa dia kat qc ni, hari ni kami ke sana sebab fil aku tak mau mandilah pulak, papa kena mandi 4 kali seminggu, jadi semalam dia tak mandi, hari ni jugak, dia jugak cuba nak pukul pelayan tu dengan tongkat, habis dengan sapa dorang nak mengadu kalau bukan dekat B... terpaksalah B kesana tanya papa dia napa tak mandi, kenapa nak pukul orang, taulah sedang memberontak kerana marah dan sedih mama sedang berpoya poya di florida... kejadian ini aku namakan kisah family simard, ala ala cita dallas tu.. selalu ada cita..........
-------
Dan papa sudah tentu dia tak suka B bagi arahan, ialah dia boss sepanjang idup dia dengan bagi arahan bukan terima arahan, tetapi itulah masa kami sampai bilik dia, bau hancing satu hal sampai tak bernafas aku dibuatnya sampai terpaksa aku suruh papa bukak tingkap dia dengan alasan nak tukar suhu bilik, kami buat masa ni memang ke sana setiap hari sebab basuhkan pakaian papa kan, kena basuh dua kali sebab hancing kuat betul... ini semua protestlah aku rasa sebab bila mentua aku ada, taklah seteruk macam ni aku rasa...
---------
B cam pening kepala aje tak tau nak buat apa, suruh mandi aje nak merajuk rajuk, tak mau tukar diaper satu hal... diaper tu kalau tak ditukar, boleh buat luka sebab punggong papa tu cam ruamlah kot, dikatakan dah teruk, kalau tak dijaga nanti lelama terbaring ajelah... tapi kalau B buat tak tau, sudahlah pelayan sana tu komen dorang tak tau nak buat apa dah, drama sungguh.. aku pun kekadang tak sangka dengan kesabaran B sungguh tinggi sekali, hari ni dia kata dia marah betul dengan papa dia, tapi depan papa dia boleh lagi dia kata elok elok sampai sekali pandang macam ayah marah anak kecik gitu.. kalau ''marah'' aku, boleh bulat mata lagi lak tu, tak adil betul hehehe..
-------------
Khamis ni mama balik aku harap papa kembali normal ;) sian B, terkejar kejar dia ambil pakaian papa nak dibasuh, hantar balik, oh ya, papa tidak akan memukul pelayan dengan tongkat lagi sekarang B angkut semua tongkat yang ada bawak balik, bukan guna pun tongkat tu sebab dia ada push chair tu...

luka

hendak menulis tetapi malangnya tadi terpecahkan cawan dan kaca menghiris permukaan tanganlah pulak, jadi kena tanggung lagilah jawabnya...

jeudi 19 novembre 2009

cerita ceriti

Makan malam kami hari ini, aku tau yang aku dah lama tak letak gambar makanan kerana aku malas nak memetik punat camera ambil gambar, tetapi mungkin selepas ini aku akan mula merajinkan diri lagi, memula ingat nak buat sherpard pie tapi encik B kata apa kata kita buat bbq, jadi kami keluar beli steak, aku buat kentang lenyak dan B bakar steak....... team work.Kalau baca blog aku lepas lepas, tau kan time anniversarry, kami selalu ambil gambar kat photo booth, taklah istimewa sangat kalau dipikir pikirkankan tetapi aku dengan kerjasama B cuba nak buatnya setiap tahun, selagi ada photo booth tulah, satu cara kami cipta kenangan untuk hubungan kamikan..
Hadiah untuk B album ac dc yang aku order kat amazon pun dah sampai, siap berbalut dan siap sekali kad kecik berserta kata kata yang aku tulis... uh mamat tu gembira sangat....
Malah semua orang dicakapnya yang ini hadiah ulangtahun kami dan mon amour (akulah tu) yang kasi.. dalam keta volume setinggi mungkin sampai aku nak cakap pun kena nyerit, lepas tu pantang benti kat lampu isyarat tangan tak duk diam cam main drum.. ikut rentak lagu.. oh tidak, tidak menganggu ketenteraman sebab kami check sekali, aku luar keta, B dengan volume tinggi, sayup sayup aje kedengaran dia sebab tingkap tak bukakkan cuma vibrate terutama kat cermin cam terketar ketar jugaklah..
Dan ini antara satu hadiah yang aku dapat, charm tuk bracelet aku, eiffel tower dan heart tulis mon amour.. bracelet dan girl tu aku dapat masa bday akukan... cukuplah 3 ni sebab asyik berbunyi bunyi bila berlaga dan kalau tangan atas meja, cam berbunyi jugaklah...
Dan novel yang berkurun lama aku mencarinya, sini novel english terhadkan, jadi kena order online....

mercredi 18 novembre 2009

lagu

Hari yang malas sungguh nak bangun pegi kelas, jam 7.30 pagi aku atas katil lagi sampai B paksa bangun gitu, cam zombielah berjalan pegi mandi, ni B tak keja bolehlah aku bermalas malasan camni, besok B keja, sebelum jam 6 aku dah bangun dah sebab jalan kakikan... Macam biasa, B buatkan sarapan, lepas makan hantarkan aku ke kelas.... naik keta ni, 5 minit dah sampai, cuma jalan kaki, mau habis jugaklah 6 lagu aku dengar sebelum sampai sana...
----------
Sebut pasal lagu, ini lagu lagu yang aku dengar tanpa jemu dari hari pertama ke school sampai semalamlah masa aku balik jalan kaki;
1) leave me alone - pink
2) please dont leave me - pink
3) fun house - pink
4) So what - pink
5) If i were a boy - beyonce
6) Hey jude - the beatles
--------------
Balik pada cita, B datang masa aku rehat jam 12.30, kami pegi macdonalds makan fillet fish, sempatlah aku citakan apa gossip terbaru kekawan aku, B cam ''Bi tahu ni semua dr waktu belajar ke''... heheh aku jawab, lepas makan aku ingat B lupa aku ada kelas petang dan aku dah merelakan diri tuk ponteng gitu, tapi sekali B ingatlah pulak habis makan terus dihantar aku balik ke kelas.....

mardi 17 novembre 2009

aku malas

Aku dilanda masalah malas menulis, bila shopping, malas nak menunjuk, jadi hilang satu topic, jadi terus malas menulis kiranya... aku jugak tau yang aku dah malas ambil gambar makanan, ambil gambar itu dan ini, tetapi aku akan tulis bila kerajinan menjelma semula.. lagipun aku tak habis lagi cita pasal europe walau dah basi citanya...
---------
Ok, tetiba rajin nak sambung, jadi aku balik kelas, terus makan nasi goreng yang aku buat pagi tadi sebelum ke kelas, B keja, patutnya cuti tapi katanya bos dia suruh keja.. kejalah mamat tu, sampai sekarang belum balik lagi, jam 11 malam habisnya, habis makan pegilah aku rumah jiran aku sebab semalam aku janji nak babysit anak dia yang bongsu jadi dia boleh mengemas barang, jadi berita sedihnya jiran aku tu bakal pindah bulan depan, dorang beli rumah yang agak jauh dari sini, sedih aku, lagi sedih bila pikir bab tak jumpa anak anak dia yang memikat dan mencuri hari aku tu...
---------
Jadi aku bawaklah si kecik berjalan tepi sungai dan jumpa khairul, malaysian ke 3 yang bakal berada di sini selama 3 bulan, aku tau B tak kisah aku jumpa mamat tu, tetapi aku minta izinlah dulu dari encik B akukan, jadi bawaklah jugak apa apa yang mamat tu perlukan, masa aku jalan ke sana, si kecik boleh nyanyi nyanyi, da da di di nana nini semua keluar, bila dia nampak khairul, terus senyap, malu agaknya, lepas tu dia tidur.... Habis berbual tu, aku bawak si kecik balik rumah aku kejap, lepas tu hantar dia balik, jiran aku kata sempatlah dia pack 7 kotak, kiranya berbaloi aku tolong dia jaga anak dia kejap sebab dia boleh mempacking dengan aman damai..
-----------

samedi 14 novembre 2009

shopping

Aku baru sedari yang bila aku baca blog aku, rupanya banyak aku tulis bukan seperti aku pikir, kira cam aku pikir lain tapi jejari lancar menaip ayat lain, cam catatan semalam aku pikir yang aku nak tulis cuti, tetapi rupanya aku tulis school... jadi pendekkan cita, jika korang membaca dan jumpa ayat yang sepatutnya tidak berada di situ, jadi silalah guna ayat sesuai ikut pemahaman memasing, ok...
-----------
Aku baru balik shopping, pegi Zara, beli dua cardigan, lepas tu masuk simons, masuk itu ini tapi tak jumpa yang menarik hati aku, aku nak cari cardigan berkait, dekat zara ada satu yang aku berkenan tapi saiz tak da, hampeh betul, sama ada saiz kat zara tu kecik kecik atau aku patut mengecilkan saiz diri sikit...... dari 8 helai yang aku cuba, cuma dua aje menarik hati, lepas tu aku beli minyak wangi aku bvgari, omnia green jade, salesgirl tu punya happy sebab urus niaga berlangsung tak sampai 5 minit, aku tunjuk kata aku guna ni, aku minta botol besar dan bayar, dan aku dapat dua produk percuma... Oh itu aje aku beli walau sebenar tak habis shopping, aku sampai sana jam 12.30, dan bekejar balik sebelum start gelap, winterkan, 3 lebih dan start cam senja... walaupun masih awal, tapi aku tak suka balik rumah waktu malam, walau sebenarnya masih awal, sebab dengan gelap buat aku pikir aku lewat...
---------
Besok ada sorang malaysian lelaki tiba di qc, cuma untuk 3 bulan sahaja sebab dia ambil short course gitu.....

vendredi 13 novembre 2009

jumaat dah

Jumaat dah yang buat aku amat gembira sebab ni school, boleh tulis blog jugak hehe, school ok, aku dapat ramai kawan baru, banyak cita ni boleh dibuat kalau aku nak umpat kekawan aku tu, 1001 kisah... Isnin cuti pulak tu, lagi aku suka heheh B cam tak dapat terima kenyataan gitu sebab katanya baru start kelas dah cuti pulak, aku kata cemburu yea.....
---------
Semalam B jemput aku kat sekolah, kami pegi makan tengahari kat beupre, habis tu aku teman B shopping, mamat tu beli kelengkapan snowboarding baru, uh lama gila kami dalam tu sampai sekarang aku fahamlah apa B rasa masa teman aku shopping, mamat tu beli memacamlah cam season ni bila B start meluncur nanti, segala galanya bau kedai gitu.. aku belek beleklah winter jacket, kecek jugak, malangnya winter jacket yang aku nak, tak da saiznya pulak, hampanya aku... jadi bila kami keluar kedai, muka B berseri seri gitu......
-----------
Selain tu, oklah idup aku minggu ni, mama mentua aku tengah berpoya poya di florida, papa mentua aku pulak, tak mau mandi gitu sebagai tanda mogok kerana marah dengan mama mentua aku tinggalkan dia kat sini... aku panggil situasi ni sebagai kisah family simard.

mardi 10 novembre 2009

Kasut

Kasut baru aku, ini B yang belikan... kira antara satu hadiah ulangtahun kami, not badkan kalau dikira lelaki yang belikan, kasut ini jugak merupakan kasut pertama aku yang kira tinggi sikit tumitnya, bila aku pakai, boleh sengih sengih pulak encik B tu, katanya aku nampak lain, alasan lain katanya kerana jarang tenguk aku memakai kasut tumit tinggi... aku cam ''dimana sokongan moral' bagi sokongan moral ok.....''
Atas ni aku yang beli sendiri masa keluar ngan kawan aku, kasut yang aku idamkan sejak winter lepas... dan sabtu ni nak cari boots lagi.....